Sekolah Rendah Agama Integrasi Pekan Beranang 43700 Beranang Selangor

SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI PEKAN BERANANG TEL: 03-87668048 EMEL: sraipberanang@gmail.com

LATAR BELAKANG




SEJARAH SEKOLAH

Mula Dibina Pada Tahun 1969. Tapak Asal Terletak Di Perkarangan Masjid Raja Alang. Pembangunan bermula pada 1979 di mana mengandungi satu blok tiga bilik darjah dan satu ruang pejabat yang telah dibina oleh kerajaan negeri. Menerima peruntukan daripada pembangunan luar bandar ( PLB ) untuk membina satu blok empat bilik darjah. Pada tahun berikutnya SRAIPB telah menerima peruntukan dari kerajaan negeri melalui JKR untuk membina satu blok yang mengandungi enam bilik darjah. 

Pada tahun 1999 SRAIPB telah menerima peruntukan daripada Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS ) sebanyak RM 100,000 bagi membina satu blok empat bilik darjah untuk menempatkan murid-murid integrasi yang memulakan sesi persekolahan Januari 2000. Pembangunan surau sekolah separuh kayu telah dibiayai oleh PLB pada mulanya. Kemudian PLB memberi peruntukan RM 20, 000 lagi untuk memasang jubin dan syiling surau. Pada tahun 2002, sekali lagi PLB memberi peruntukan sebanyak RM 10,000 bagi menaik taraf surau sekolah.

Pihak sekolah juga menerima peruntukan daripada PLB untuk membina sebuah kantin yang agak kecil. Oleh yang demikian JAIS telah membiayai kos pembesaran kantin tersebut bagi memberi keselesaan kepada murid-murid pada tahun 2001. Pada tahun yang sama pihak JAIS telah membina dataran kejat bagi kemudahan murid semasa perhimpunan.pada awal tahun 2001. SRAIPB juga menerima peruntukan RM 10,000 daripada YAB Adun Beranang untuk satu blok tandas murid dan guru yang menelan belanja RM 24,000. YAB membayar lagi sebanyak RM 10,000 bagi menampung kekurangan bayaran tersebut. 

Oleh kerana SRAI Pekan Beranang mengalami perubahan mendadak disebabkan proses persekolahan daripada sistem SRA kepada SRAI mulai Januari 2000 hingga sekarang, bagi merealisasikan impian semua pihak, maka amat wajar SRAI Pekan Beranang diberi perhatian serius bagi membina sekurang-kurangnya dua puluh bilik darjah bagi proses pengajaran dan pembelajaran dan satu blok bangunan pentadbiran termasuk pejabat, bilik guru, makmal sains dan komputer, bengkel kemahiran hidup, pusat sumber dan lain-lain lagi. 

Pada tahun 2005, SRAI Pekan Beranang telah menerima peruntukan sebanyak RM 3,000,000 ( Tiga Juta ) untuk membina dua puluh bilik darjah dan telah siap diguna pakai pada tahun Februari 2006.


Senarai Nama Guru Besar SRAIPB

1) Allahyarham Ustazah Rohani Hakim 1980 - 1987
2) Ustazah Saadiah Bt. Tamin 1987 - 1988
3) Ustazah Hajjah Zaiton Bt. Idris 1988 - 1989
4) Ustazah Sanaah Mat 1989 - 1995
5) Allahyarham Ustazah Rohani Hakim 1995 - 1998
6) Ustaz Bong Salleh B. Adnan 1998 - 2000
7) Ustaz Jamaludin B. Kassim 2000 - 2009
8) Ustaz Salehin B. Dali 2009 - 2010
9) Ustaz Azman B. Mohd Lana 2010 - 2013
10) Ustazah Rohaiza Bt. Mahmud     2013 hingga sekarang



MISI, VISI DAN MOTTO


Misi

Melahirkan Insan Muttaqin

( Mengamalkan Al-Quran dan As-Sunnah S.A.W dalam kehidupan seharian )

Visi

Ke arah sekolah berpendidikan bestari


Motto

BERILMU, BERAMAL DAN BERTAWAKAL, ILMU DIKUASAI, AKHLAK CERMIN DIRI



LENCANA SEKOLAH


Bulan Bintang

Melambangkan peraturan dan undang- undang sekolah yang berpandukan lunas Islam.

Warna Kuning

Melambangkan ketaatan warga sekolah kepada sistem kerajaan beraja di Malaysia.

Perisai Berbucu Lima

Melambangkan lima rukun Islam yang menjadi tunjang warga sekolah untuk mempertahankan
sistem pendidikan Islam.

Warna Hijau

Melambangkan kesucian agama Islam yang menjadi asas kehidupan kepada warga sekolah.

Serampang Dua Mata

Menandakan keberanian menyatukan falsafah pendidikan negara dan falsafah pendidikan jais untuk menjadikan pendidikan di sekolah ini khasnya negeri Selangor menjadi sistem pendidikan yang terbaik di negara ini.

Warna Merah

Melambangkan keberanian warga sekolah di dalam menempuh cabaran masa kini dan yang akan datang.



MATLAMAT DAN FALSAFAH

Matlamat

Memberi pendidikan asas fardhu ain dan fardhu kifayah secara keseluruhan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek, untuk diaplikasikan dalam kehidupan.


Falsafah


Memantapkan dan menyokong falsafah pendidikan negara dan pendidikan JAIS dan menyusun strategi untuk merealisasikan hasrat melahirkan “Murid Cemerlang, Guru Gemilang, Sekolah Terbilang”.



LAGU SEKOLAH


Sekolah Rendah Agama Integrasi Pekan Beranang,
Nama sekolah yang kami cintai dan kami ingati,
Berilmu, beramal, bertawakal, (Chorus)
Cogankata kami,
Mendidik, berjihad dan berjaya,
Prinsip guru kami,
Ibu bapa dihormati,
Pemimpin disanjungi,
Rasulullah ikutan kami,
Islam kami junjungi.






Mengenai Kami

Chatting

Waktu Solat

Labels